breaking

World View

World View

Tips & Teknik

Tips & Teknik

Khas Nusantara

Khas Nusantara

Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.
Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand. Dari peta di atas dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.
Pesanan: Jabatan Metereologi Malaysia
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada: 07:10pm pada 05 Januari 2013
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin, 7 Januari 2013 sehingga Rabu, 9 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Sila Layari laman sesawang Jabatan Metereologi Malaysia untuk keterangan lanjut
Rebat RM200  Telefon Pintar Untuk Belia Sempena Budget 2013
Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. 
Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.
Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.
Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan. 
Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.
Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.
Spesies Biawak Yang Menyerupai Spider-Man: Angker. Seorang jurugambar profesional Cassio Lopes dari Sao Paolo, Brazil telah berjaya merakam gambar satu spesies biawak yang menyerupai watak adiwira Spider-Man. Spesis biawak yang di kenali sebagai Mwanza Flat Headed Agama ini berjaya di rakam di Taman Negara Masai Mara di Kenya ketika sedang melakukan bengkel fotografi berdekatan dengan Sungai Rongai. Spesies biawak Mwanza Flat Headed Agama ini kebiasannya di lihat suka berjemur di atas batu dan spesies biawak jantan akan hidup secara berkumpulan dengan lebih daripada lima ke sepuluh ekor biawak betina.
spesies biawak yang menyerupai spider-man
spesies biawak yang menyerupai spider-man
spesies biawak yang menyerupai spider-man
MELAKA: Kebiasaannya golongan yang ketagih menghidu gam melepaskan gian mereka jauh atau berselindung daripada pandangan orang ramai lebih-lebih lagi pihak berkuasa, namun berbeza dengan seorang lelaki yang selamba melakukan perbuatan itu di kawasan Plaza Hang Tuah, di sini.

Tindakan lelaki terbabit menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai kerana dia yang khayal sering merayau dan mengganggu orang di sekeliling.

Tinjauan Metroplus mendapati lelaki memakai kemeja-T dan seluar pendek itu merayau-rayau di kawasan sekitar sambil menghidu gam yang diisi dalam beg plastik.

Penuntut kolej, Hafizan Salleh, 22, berkata lelaki itu gemar menghampiri orang ramai untuk meminta wang atau barangan berharga.

“Pada awalnya saya menyangkakan dia kurang siuman apabila suka mengganggu orang ramai, tetapi rupa-rupanya dia sedang khayal. Bukan hanya mengganggu, malah dia juga akan meminta apa saja termasuk cermin mata.

“Apabila permintaannya tidak dipenuhi, kami akan dimarahi dan itu yang menakutkan orang ramai khususnya wanita,” katanya ketika ditemui selepas didekati lelaki terbabit di sini.

Seorang lagi pelajar, Fadilah Yasin, 20, berkata lelaki terbabit sering berkeliaran di beberapa lokasi di bandar raya ini.

Menurut Fadilah, kehadiran lelaki terbabit menimbulkan kebimbangan orang ramai dan mencemarkan imej negeri ini pada pandangan pelancong.

“Dia sepatutnya tidak boleh dibiarkan mengganggu orang ramai kerana saya mula perasan kewujudannya sejak awal tahun ini. Tindakannya meminta barangan seperti cincin dan gelang membuatkan masyarakat tidak selesa terutama wanita.

“Kami bimbang jika dia bertindak di luar batasan kerana lelaki terbabit merayau dalam keadaan khayal dan cenderung bertindak ganas,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan bagi menjaga imej Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan terhadap mereka yang menghidu gam selagi ia tidak melakukan perbuatan jenayah.

“Bagaimanapun, polis akan sentiasa melakukan pemantauan di lokasi yang dimaksudkan bagi menjamin keselamatan orang awam,” katanya.
Bermula 19 Mei lalu, Mahkamah Pakistan telah mengharamkan Facebook di Pakistan sehingga 31 Mei sebagai bantahan kepada satu page di Facebook iaitu “Everybody Draw Mohammed Day” atau dalam bahasa Melayunya Hari Melukis Nabi Muhammad. Aktiviti yang diadakan pada 20 Mei lalu di Facebook telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.


Jika Mark Zuckerberg boleh berbangga dengan kejayaan laman sosial Facebook ciptaannya, Omer Zaheer Meer juga bakal menjejaki langkah Mark dengan penciptaan laman Facebook Islam iaitu MillatFacebook. MillatFacebook hampir menyerupai Facebook dari segi designnya, namun itu bukanlah persoalannya. Mungkin MillatFacebook ini sebagai laman sosial alternatif untuk umat Islam dan memboikot Facebook. Tidak mustahil dengan kehadiran MillatFacebook ini mampu memberi impak kepada Facebook. Sama-sama kita nantikan. Jika anda berminat, bolehlah mendaftarkan diri di MillatFacebook: http://www.millatfacebook.com.
“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”
MillatFacebook dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘Wall’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.
Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan jika disalahgunakan. Saya sendiri dah join MillatFacebook. Boleh tahan la, lebih kurang macam Facebook je. Sekarang ni, MillatFacebook sedang upgrade server kerana penggunanya kini mencecah 90,000 orang dalam masa beberapa hari je!

Ramai orang suka nak buat majlis kahwin pada masa cuti2 sekolah.
Lagi2 bulan 6 dengan cuti hujung tahun.
Masa tu meriah FB dan blo2 dengan jemputan2 walimatul urus kawan2.
Sampai tak menang tanganlah nak pilih untuk pergi yang mana satu.

Tapi tahukah anda ada banyak perkara yang saya fikir dan saya rasa tak best bila buat majlis masa cuti sekolah macam gini..
Fakta2 yang ada ni saya perah asli dari fikiran sendiri ;

1) Boleh membuatkan sesetangah kawan2 pening kepala.
-->mungkin saya berfikir terlalu advance tapi cuba bayangkan kalau tiba2 kamu dan rakan kamu buat majlis kahwin pada hari yang sama dan kamu nak jemput kawan2 baik kamu berdua yang lain. Lepas tu kamu dengan kawan kamu memang tinggal jauh dan mustahil untuk kawan2 kamu berdua pergi kedua-dua majlis serentak. Tak kasihankah kamu pada kawan2 yang mesti pening kepala nak pilih.
2) Mungkin anda akan dapat hadiah yang banyak tapi murah.

--> sebab dalam bulan itu biasanya orang berpoket nipis maklumlah cuti sekolah, lepas itu berapa banyak kenduri yang dorang kena attend bulan tu, Semua nak di kasi hadiah. Maka hadiah banyak tapi harga jadi murah lah (macam frame dan set cawan 6 biji tu)..
my sis banyak dapat hadiah camtu la..=)

3) Mungkin anda dapat hadiah best2 tapi tak banyak.

--> sebab budget untuk sediakan hadiah bagi kebanyakan orang dah habis. Banyak sangat pakai duit untuk bercuti dan juga shopping..(bulan 6 ada sales gak kan?)

4) Mungkin dapat duit 'mengelang' dalam kuantiti sampul yang banyak (isinya tak tahu lagi)..

--> sebab masa cuti memang meriah kalau buat majlis kenduri. Orang yang datang memang ramai la kan. Tapi, semua orang nak bagi duit sahaja, tak mampu nak beli hadiah bagai atas alasan yang sama dengan fakta no 3. Isi duit mengelang tu bergantung kepada nasib tuan rumahlah. =)

5) Mungkin juga ramai kawan2 anda tak dapat nak pergi majlis kahwin anda.

--> ini betul sangat sebab selalunya bila cuti sekolah, kawan2 lagi2 yang dah berkeluarga serta beranak pinak akan balik kampung. So, kawan2 tak dapat la pergi majlis anda. Possibility untuk dapat hadiah2 best tu kurang la sebab biasanya yang bagi hadiah2 tu kawan kan. Dan mungkin juga disebabkan fakta no. 1.

6) Rumah anda akan meriah dengan kanak2 riang ria.

--> Maklumlah cuti sekolah. Anak2 jiran anda semuanya datang serbu rumah. Kalau jenis yang pendiam, sopan santun, dengar kata tak ada masalah. tapi kalau yang datang2 tu kanak2 hyper aktif jumpa pula geng2 yang sama2 naik macam mereka. Ramai2 pula tu. Imagine apa akan jadi pada pelamin anganan anda. haha~

Banyak fakta2 di atas tu ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.
Dulu kakak kahwin time cuti sekolah ok sahaja.
kuikui~

Malas nak cakap banyak..
Takut2 nanti jadi macam 'cakap tak serupa bikin'..
Nasihat orang itu ini tapi last2 kita sendiri buat. Erk..
Lagipun, selalunya yang tentukan tarikh2 kahwin ni pun orang2 tua anda juga kan. Biasanya memang suka ambil tarikh masa cuti sekolah.
Nak lagi meriah dan lagi satu supaya sedara mara yang tinggal jauh dapat meraikannya juga.
Kalau ikut hati sendiri nak buat hari minggu yang normal sahaja.
Tapi, kalau dah tertulis jodoh sampai masa cuti sekolah, redha sahajalah.