Kaki Gam Minta sedekah
Posted by: kaciza Posted date: 9:37 PTG / comment : 0
MELAKA: Kebiasaannya golongan yang ketagih menghidu gam melepaskan gian mereka jauh atau berselindung daripada pandangan orang ramai lebih-lebih lagi pihak berkuasa, namun berbeza dengan seorang lelaki yang selamba melakukan perbuatan itu di kawasan Plaza Hang Tuah, di sini.
Tindakan lelaki terbabit menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai kerana dia yang khayal sering merayau dan mengganggu orang di sekeliling.
Tinjauan Metroplus mendapati lelaki memakai kemeja-T dan seluar pendek itu merayau-rayau di kawasan sekitar sambil menghidu gam yang diisi dalam beg plastik.
Penuntut kolej, Hafizan Salleh, 22, berkata lelaki itu gemar menghampiri orang ramai untuk meminta wang atau barangan berharga.
“Pada awalnya saya menyangkakan dia kurang siuman apabila suka mengganggu orang ramai, tetapi rupa-rupanya dia sedang khayal. Bukan hanya mengganggu, malah dia juga akan meminta apa saja termasuk cermin mata.
“Apabila permintaannya tidak dipenuhi, kami akan dimarahi dan itu yang menakutkan orang ramai khususnya wanita,” katanya ketika ditemui selepas didekati lelaki terbabit di sini.
Seorang lagi pelajar, Fadilah Yasin, 20, berkata lelaki terbabit sering berkeliaran di beberapa lokasi di bandar raya ini.
Menurut Fadilah, kehadiran lelaki terbabit menimbulkan kebimbangan orang ramai dan mencemarkan imej negeri ini pada pandangan pelancong.
“Dia sepatutnya tidak boleh dibiarkan mengganggu orang ramai kerana saya mula perasan kewujudannya sejak awal tahun ini. Tindakannya meminta barangan seperti cincin dan gelang membuatkan masyarakat tidak selesa terutama wanita.
“Kami bimbang jika dia bertindak di luar batasan kerana lelaki terbabit merayau dalam keadaan khayal dan cenderung bertindak ganas,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan bagi menjaga imej Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan terhadap mereka yang menghidu gam selagi ia tidak melakukan perbuatan jenayah.
“Bagaimanapun, polis akan sentiasa melakukan pemantauan di lokasi yang dimaksudkan bagi menjamin keselamatan orang awam,” katanya.

About kaciza
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Latest
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tuj...
-
Submit URL ke Search Engine “Website siapapun yang banyak terindeks di mesin pencari di internet (searching engine), akan berpelu...
-
In December, Facebook made a series of bold and controversial changes regarding the nature of its users' privacy on the social netwo...
-
Under Construction Maaf....Blog ini dalam tempoh pantang lagi..he3x.. Sorry .... This blog is taboo within the HE3X .. .. 對不起....此博客是禁忌在...
-
Aku ni tak berapa pandai tentang SEO dan KEYWORDS ni. Tapi setelah buat Contest Weblog Popular 1Malaysia dapatlah sikit ilmu. Rupanya kal...
-
Page1 of 2 Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Seseten...
-
MELAKA: Kebiasaannya golongan yang ketagih menghidu gam melepaskan gian mereka jauh atau berselindung daripada pandangan orang ramai lebih-l...
-
ni la pelakon cilik AdaMaya.. namanya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mula2 aku ingatkan anak Sein ngan Nana sbb Armani ni rapat betul ...
-
Spesies Biawak Yang Menyerupai Spider-Man: Angker. Seorang jurugambar profesional Cassio Lopes dari Sao Paolo, Brazil telah berjaya merak...
-
Pada jam 7 malam tadi (17 April 2010), penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal duni...