Al-Fatihah Untuk Arwah Achik Spin
Posted by: kaciza Posted date: 10:29 PTG / comment : 0
Pada jam 7 malam tadi (17 April 2010), penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.
Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.
Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana.
Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak yang keduanya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
Budiey ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.
Al-Fatihah. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nampaknya, tahun 2010 menyaksikan ramai sekali insan seni yang telah pergi meninggalkan dunia untuk mengadap Allah Yang Maha Esa.
About kaciza
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Latest
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tuj...
-
In December, Facebook made a series of bold and controversial changes regarding the nature of its users' privacy on the social netwo...
-
Twitter Twitter Twitter.. Setiap hari Twitter, setiap masa Twitter.. Rasanya tak perlulah aku nak menerangkan secara panjang lebar mengena...
-
Submit URL ke Search Engine “Website siapapun yang banyak terindeks di mesin pencari di internet (searching engine), akan berpelu...
-
Antara laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar. KUALA LUMPUR - Empat syarikat haram dikesan men...
-
Story dan gambar ni aku cilok dari ohTidak . Sebab aku rasa sangat menarik dan penuh pengajaran. Jangan sesekali mendedahkan apa yang tak...
-
SALAM..daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan??? haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit.. beri saya masa 5 minit j...
-
Under Construction Maaf....Blog ini dalam tempoh pantang lagi..he3x.. Sorry .... This blog is taboo within the HE3X .. .. 對不起....此博客是禁忌在...
-
Rebat RM200 Telefon Pintar Untuk Belia Sempena Budget 2013 Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, beli...
-
Jodoh terbahagi kepada tiga.. dikatakan..: Jodoh dari syaitan: Berkenalan, berpegangan tangan trus membuat maksiat.. akhirnya mengandun...

